Menjelang sahaja setiap hujung tahun, pasti berita – berita banjir akan menghiasi dada akhbar dan portal berita. Waktu kita sedang selesa duduk berehat di rumah, rupanya ramai saudara – saudara kita yang bertungkus – lumus menyelamatkan diri dan barangan mereka daripada bencana banjir.
Kami telah menyaksikan betapa sukarnya musibah ini buat mereka. Terpaksa berpindah sementara, harta benda rosak dan musnah, kekurangan makanan. Sayu sungguh hati ini melihat kejadian ini.
Yayasan Kasih Sayang (YKSM) bersama dengan sukarelawan akan mengadakan Dapur Rakyat bagi membantu masyarakat yang terkesan akibat daripada banjir yang melanda baru-baru ini.
Kami mencari para dermawan yang bermurah hati dan sukarelawan bagi membantu untuk meringankan beban mereka.
Reviews
There are no reviews yet.