Latar Belakang Pengasas

Sekapur Sireh

YANG DIPERTUA / PENGASAS
PUAN HAJAH MAIMUNAH BINTI HAJI ISMAIL, PPN.

Beliau dilahirkan di Machang, Kelantan pada tahun 1945 dengan pendidikan awalnya di Sekolah Kebangsaan Melayu Merbau, Kota Bharu, Kelantandan melanjutkan pelajarannya ke Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu Kelantan. seterusnya beliau mendapat tawaran memasuki Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka pada tahun 1962. Setelah tamat pengajian perguruanpada tahun 1965, beliau mula mengajar di negeri kelahiran beliau iatu negeri Kelantan. Kemudian bertukar ke Terengganu mengikut suami selama lima tahun dan pulang berkhidmat ke Kelantan.

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Encik Abdul Rahman bin Ibrahim yang juga seorang guru yang aktif dalam beberapa bidang seperti persatuan guru, koperasi dan juga bidang politik serta badan-badan amal yang mana beliau turut serta aktif bersama suami. Pada tahun 1979, suami beliau telah dikerah tenaga oleh kerajaan sebagai askar Wataniah dan meninggal dunia pada tahun 1984 semasa dalam perkhidmatannya.

Sebelum bersara beliau pernah bertukar dan berkhidmat di beberapa sekolah di daerah-daerah Kelantan dengan memegang jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran sekolah iaitu sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Penolong Kanan Ko-kurikulum. Selain itu, beliau turut aktif dan memegang jawatan penting juga dalam bidang politik, persatuan-persatuan dan dan badan-badan amal seperti Ahli Majlis Daerah Bachok, Juri Juvana Bachok, Persatuan Guru dan Persatuan Perkumpulan Wanita Kelantan dan badan-badan amal.

Di atas kecermerlangan khidmat ikhlas beliau dan arwah suami kepada masyarakat dan negara, beliau dan arwah suami telah dikurniakan Pingat Pangkuan Negara oleh DYMM Yang Dipertuan Agong Sultan Ahmad Shah Ibnu Al-Marhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1981 kepada suami dan 1982 kepada beliau.

Setelah pemergian arwah suami yang tersayang pada tahun 1984, beliau telah meletakkan semua jawatan dalam bidang politik, persatuan dan lain-lain kegiatan sosial bagi menumpukan perhatian sepenuh masa kepada pendidikan 7 orang anak yang masih kecil sambil menjalankan beberapa perniagaan sambilan.

Pada tahun 1997, beliau mengambil keputusan bersara awal seorang guru di mana ketika beliau memegang jawatan sebagai Penolong Ko-Kurikulum di Sekolah Rendah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Wakaf Mek Zainab, Kota Bharu, Kelantan.

Beberapa tahun kemudian, beliau dengan sokongan dan kerjasama sahabat-sahabat yang mempunyai minat yang sama telah menubuhkan badan kebajikan bukan kerajaan yang telah lama terpendam dalam sanubari dan impian sesuai dengan jiwa nurani beliau untuk menerapkan nilai-nilai murni dan kasih-sayang dalam sanubari seseorang insan. Diatas kesedaran bahwa kasih sayang adalah kurniaan azali dari Allah SWT maka tercetus ilham beliau menamakan pertubuhan iaitu YAYASAN KASIH SAYANG MALAYSIA.

Maklumat Yayasan

NAMA PERTUBUHAN: YAYASAN KASIH SAYANG MALAYSIA

NO. PENDAFTARAN: PPM-003-03-05022003

KATEGORI PERTUBUHAN: KEBAJIKAN / KEBAJIKAN MASYARAKAT

TARIKH PENUBUHAN: 5HB FEBRUARI 2003

ALAMAT DIDAFTARKAN: LOT 2975, TAMAN KARTINI, 16070 JELAWAT, BACHOK, KELANTAN DARUL NAIM

ALAMAT SURAT-MENYURAT: 54, JALAN KELULI AN7,AN, PUSAT PERNIAGAAN BUKIT RAJA, SEKSYEN 7, SHAH ALAM, 40000, SELANGOR DARUL EHSAN.

BILANGAN AHLI BERDAFTAR / PUSAT:  16 ORANG

PENGASAS / YANG DIPERTUA: PUAN HAJAH MAIMUNAH BINTI HAJI ISMAIL, PPN

NO. TELEFON: 03-335 99255 @ 016-2577111

EMAIL: 

admin@yksm.my (Pentadbiran) 

sekretariat@yksm.my (Sekretariat)

Efisien

Komited

Prihatin